Labels

Sunday, 15 July 2018

KENAPA SELALU PERNIAGAAN TIDAK LARIS?

Seolah-olah malam semalam dan hari ini Allah mengajarkan ku mengenai kenapa perniagaan x jadi?
Barang mantap,kemahiran terbaik,tempat memang cun dan kalau dibanding orang lain mesti aku lebih laris.

Tapi tengok kawan lain walaupun dia baru mula perniagaan,barang dia kalau dari segi pengiraan ilmu kita kurang larisnya dan tempat pun tidak sehebat tempat tapi keuntungan bulan dia lebih tinggi dibandingkan kita.Malahan ramai mencari walaupun usahanya jika kita lihat pada facebook,whatsapp,instagram tidak serancak kita.

Bila diperiksa rupanya ada sesuatu yang bermasalah dengan saya.Ada hikmah disebalik ujian dan kejadian yang Allah hantar pada kita. Beberapa bulan lalu bisnes saya agak merundum,saya terpikir entah dimana silapnya. Akhirnya saya berjumpa dengan rakan baik saya,beliau juga pengamal komplementari seperti saya,beliau masih baru dan hanya menberikan 2 perkhidmatan yakni terapi bekam dan terapi urutan.Tetapi keuntungan bulan beliau melebihi dari saya. Bila saya perhati sejenak,sebenarnya dari segi hubungan beliau dengan Allah dan makhluk sangat baik.

Penjagaan masa beliau dalam perjuangan Islam,selalu bermanis muka,dan sentiasa menjaga masa didalam perniagaan.Disitu tersentak saya seketika,ada benda yang bermasalah dalam diri saya. Ada hubungan yang saya sudah lalaikan. Allah itu maha pemberi rezeki dan sepatutnya saya berikhtihar dengan janji Allah.Teringat kata-kata yang sering diungkap ketika dalam bayan jemaah tabligh. "Yakin dengan janji Allah,janji Allah ada pada amal".

Maka tadi pagi saya terbaca suatu entri post facebook seseorang.Rezekinya agak teruk kebelakangan ini sehingga tiada siapa beli.Beliau sedih dan berfikir dimana silap rupanya dia ada buat ibu dia marah.Disitu saya tersentak menbaca.BETUL! Masalah laris tidak laris selain ilmu perniagaan adalah utama bagi usahawan beriman adalah amalannya.Seterusnya saya hadapkan diri pada Allah serta berjumpa ibu,saya berikan perkhidmatan dan gembirakan dia.

 MasyaAllah,rezeki saya kembali lancar.Teringat dengan nasihat Mursyid saya iaitu guru kerohanian saya (semoga beliau dan keluarga sentiasa bahagia dunia dan akhirat) beliau menyebutkan suatu hadis yang lebih kurang bunyinya "Tertutup pintu umatku kerana banyaknya dosa".
Akhir sekali saya kongikan mengenai entri yang saya dapat dari Facebook :

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH :


  • Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin.Rutin dia lakukan.
  • Ada yang megundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
  • Ada yang mengundang rezeki,setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim,mengusap kepala mereka,membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi Saw.
  • Ada yang mengundang rezeki,setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa sahaja.
  • Ada yang mengundang rezeki,tiap malam jumaat dia membahagikan makanan kepada orang yang tidur di jalanan.Doanya tembus ke langit!
  • Ada yang mengundang rezeki setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur.Dia beristigfar 100 kali dan bertadarus Al-quran hingga terbit fajar,lalu menatap langit langsung mengangkat tangan.Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
  • Ada yang mengundang rezeki,setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkanya.
  • Ada yang mengundang rezeki,seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin.Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
  • Ada yang mngundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah memudahkan segala urusannya.
  • Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajjud berbisik pada bumi dan terdengar dilangit.Allah redha,hidupnya berkat.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
*Rezeki bukan datang dari bosmu atau pelangganmu,tapi rezekimu datang dari Allah.

MOHD.HAFIZ
3 DZUL QAEDAH 1439H/16.07.2018
PANTAI MANIS








Wednesday, 11 July 2018

Kick Start Saya Ke Arah Kebebasan Kewangan


Bila sebut kebebasan kewangan lain orang lain definisinya. Ada yang mengatakan kebebasan kewangan adalah duit yang sentiasa cukup,menpunyai segalanya,bebas hutang,dan pastinya lain orang lain definisinya.Kalau ikut pendapat  Robert Kiyosaki, tokoh kewangan  dunia ketika ini, mendefinasikan kebebasan kewangan ialah apabila pendapatan pasif seseorang itu melebihi pendapatan aktifnya.

Pendapatan pasif bermakna samada kita bekerja atau tidak bekerja tetap pendapatan kita berterusan.
Pendapatan Aktif pula kita kena bekerja dan kita mendapat pendapatannya.
5K pendapatan pasif itu lebih disukai mereka yang dalam bidang ini dari 50k aktif.

Jadi setiap orang akan bermula dengan start dulu baru boleh gerak,maka saya senaraikan kick start saya sendiri (saya belum bebas kewangan baru bermula).Dari saya pendam baik saya tulis disini agar ada orang yang bakal menbacanya.
Semua ini juga saya pelajari dari tokoh kewangan,pembaca buku dan ijazah berbual dari jalanan hihi.

Insya Allah semoga Allah mudahkan (Aminkan ya).
Antara kick start saya bagi beginner macam saya. Nak tulis tambah terpulang dari tuan-tuan.

1. Penjanaan Aliran Tunai Positif.
2. Simpanan Tunai ( Duit Kecemasan 6 Bulan ).
3. Bebas Dari Hutang Jahat.
4. Penyelamat Kewangan ( Duit Kecemasan 1 Tahun ).
5. Melabur Pada Pelaburan.
6. Kebebasan Kewangan ( Insya Allah).

Nah benda ni la saya lekat dipejabat,dirumah dan dikereta ( Haha,Jangan sahaja orang fikir azimat).

1. Penjanaan Aliran Tunai Positif.
  • Saya kena kurang belanja dari pendapatan saya. ( Insya Allah Chaiyo-Chaiyo).
  • Simpanan 10 % dari pendapatan yang saya dapat bertujuan untuk cashflow.Cashflow Positif Insya Allah salah satu tanda kedudukan kewangan yang baik.
  • Saya perlu buat bisnes sampingan bagi menjadikan aliran tunai saya positif.

2. Simpanan Tunai ( Duit Kecemasan 6 Bulan ).
  • Saya perlu sediakan duit mengikut gaji saya selama 6 bulan.
  • Ketika ada kecemasan disini kita boleh guna untuk survive selama 6 bulan contoh hilang pekerjaan boleh survive 6 bulan sebelum mendapat pekerjaan baru,hilang kereta boleh gunakan sementara  untuk deposit kereta.
  • Bila sudah guna duit kecemasan ini perlu ganti balik.
3. Bebas Dari Hutang Negatif.
  • Hutang negatif ni dia hutang yang kita buat saja-saja,hutang kereta,hutang telefon,hutang perabot.Ini hutang yang beli hari ni besok nilai dah susut.
  • Jadi selepas saya sediakan 3 Kick Start saya diatas saya perlu untuk menlangsaikan hutang-hutang negatif.
  • Insya Allah,saya akan amalkan doa yang nabi ajar serta kenala doa secara perbuatan perlu bersungguh- sungguh.
4. Penyelamat Kewangan ( Duit Kecemasan 1 Tahun ).
  • Selesai di No.3 bebas dari hutang ( Sambil taip ni bhai sambil aamin kan mudahan kita semua bebas dari hutang ). Saya kena bina simpanan untuk gaji 1 Tahun. Lebih kurang juga tujuan macam No.2 tapi ni kita topup lebih untuk dana kecemasan setahun bagi kecemasan.
  • Bila berlaku apa-apa Insya Allah kita boleh buat persiapan untuk setahun.
  • Duit kecemasan ini bukan untuk pelaburan. Ianya hanya simpanan.
5. Melabur Pada Pelaburan.
  • Melabur ni bila duit sudah banyak. Macam Tuan Zulkifli cakap kalau setakat 10k 20k berapa sahaja kita dapat dalam setahun dividen bahagi 12 bulan? Lebih berbaloi kalau kita buat perniagaan malahan kita mendapat 100% atau 200% keuntungan.
  • Jadi mungkin di Kick Start 5 ni perniagaan dan simpanan saya dah besar ( Aamin)
  • Pastikan pelaburan yang betul. Bagi saya tiada pelaburan paling beruntung melainkan ilmu dan akhirat jadi melabur pada buku untuk faham dan jangan tertipu modus operasi SKIM CEPAT KAYA.
  • Pelaburan ini termasuk juga rumah sewa,unit trust, amanah saham ( Contoh : Tabung Haji ). Antara tips Tuan Zulkifli adalah berapa yang kita mahu untuk sebulan? 5k? Maka kita perlu ada 1.2 Juta maka pada hujung dividen tahun 6% maka kita akan dapat keuntungan pasif 5k sebulan.
6. Kebebasan Kewangan.
  • Ditahap ini nilai pendapatan pasif sudah melebihi dari kos sara hidup.Contoh pasif income kita dalam Rm10,000 tapi kos sara hidup kita dalam Rm5000 sahaja maka saya sudah bebas kewangan. 
  • Disini sudah tidak kerja,tapi pendapatan dapat dijanakan. Masa ni Insya Allah boleh fokus sepenuhnya menbantu orang lain dalam kebebasan kewangan,khidmat ulamak dan mengenai akhirat.
Ini 6 Kick Start yang saya yang saya senarai sendiri.Inilah saya tatap hari-hari dan berdoa pada Allah mudahan ianya menjadi kenyataan.Saya sendiri masih di No.1 & No.2 dalam usaha bermula untuk bebas dari kewangan.

Mohon doa Tuan/Puan/Encik/Cik agar saya bebas kewangan.
Penulisan ini dikala saya mendapat rezeki pada kebebasan kewangan nanti,akan mencapai imbau kenangan.

MOHD.HAFIZ
12/07/2018 BERSAMAAN 28 Syawal 1439H
11.22 am
Pantai Manis






Tuesday, 10 July 2018

Nak Mencari Pelaburan? Tunggu Dulu..

Pada mulanya saya sendiri mencari peluang pelaburan samada dalam unit trust atau Amanah saham bagi mendapatkan dividen secara syariah.Hati-hati yer,bukannya SKIM CEPAT KAYA,yang menawarkan dividen yang pulangan yang tinggi dan dalam masa tertentu.
Alhamdulillah,saya berborak dengan seorang kawan yang mana dia agen unit trust.Disitu bermula kefahaman saya secara asas mengenai pelaburan.

Syukur pada Allah سبحانه و تعالى kerana menjumpai beliau kerana beliau bukan sahaja agen tetapi beliau juga sedang menbina bisnes beliau walaupun sudah menjadi penjawat awam.Antara nasihat beliau adalah :
Ketika umur masih muda ini jangan dulu buat pelaburan tetapi buat perniagaan.Berapa sangat keuntungan yang bakal dapat dari dividen pelaburan? Tuan Mohd Zulkifli Shafie berkata dari guru antara tanda agenda SKIM CEPAT KAYA adalah pulangan yang melebihi 15% apatah lagi bila dia mengatakan tiada risiko sedang pulangannya itu sangat besar dalam beberapa hari.

Takdir Allah سبحانه و تعالى  pada hari saya bertanya pada sahabat saya itu,saya dijumpakan dengan seorang insan yang hebat yakni Tuan Zulkifli Shafie ketika seminar Public Gold Di Alam Mesra,Kota Kinabalu.Cara penyampaian beliau yang penuh semangat kerana ianya bukan suatu ceramah tetapi apa yang pernah terjadi pada beliau.

Bersama Tn Zulkifli Shafie

Di dalam seminar itu saya banyak belajar mengenai fokus kepada bebas kewangan,cara membina profit ala orang bebas kewangan  ,pentingnya emas dalam simpanan dan mempelajari selok belok perniagaan.Yang pastinya tiada jalan mudah atau magik didalam ke arah kebebasan kewangan.

Antara nasihat yang dikongsi adalah :

1. Hidup dibawah kemampuan.

- Dengan gaji kita,kita mampu beli makan dipejabat dengan Rm10.00,maka maksud dibawah kemampuan dalam kita makan dalam Rm5.00 maka kita sudah berjimat Rm5.00 dan simpan pada hari itu.

2. Peduli apa orang kata 

- Hidup didunia kerana kata orang tetapi hidup dunia ini adalah semata mencari keredhaan Allah. Biarlah kita pakai hanya kancil tetapi poket penuh dari memakai keretaa mewah tapi penuh dengan hutang.

3. Berniaga

- Pelaburan keuntungan 15% itu suatu perkara yang luar biasa dan keuntungan yang ada tinggi,namun keuntungan dalam bisnes 100% itu ada biasa,mungkin juga kita boleh menbina profit dengan izin Allah 200%-400% didalam perniagaan. Asal ada ilmu dan kita ikuti jejak orang yang sudah berjaya InshaAllah kita berjaya dengan izin Allah

4. Simpanan emas

- Suatu hadis yang didalam menceritakan tentang pembelian kambing dizaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم bernilai 1 dinar,1dinar dizaman kita ini dalam lingkungan Rm740-Rm850 mengikut harga semakin. Disini sahaja kita dapat melihat kadar perubahan harga tidak jauh selama 1400 tahun lalu.

(Sebenarnya banyak lagi tapi saya kurang menangkap nak masuk dalam fikir untuk save.Haha) 

Kesimpulan yang saya dapati,untuk berjaya didalam sesuatu bidang kenalah ikut orang sudah berjaya.Disiplin,kesabaran,komitmen dan tingkah laku.Sebaik-baik ikuti adalah baginda صلى الله عليه وسلم 
Ikuti orang-orang yang sudah bebas kewangan dan mereka yang berjaya dalam suatu bidang bagi meperkasa sebagai umat baginda صلى الله عليه وسلم

Mohon doakan saya dan keluarga untuk ttik permulaan ini bebas kewangan dan diberkati dalam kehidupan ini.

MOHD HAFIZ
11/07/2018 
BERSAMAAN 27 SYAWAL 1479H
PANTAI MANIS