Labels

Wednesday, 11 July 2018

Kick Start Saya Ke Arah Kebebasan Kewangan


Bila sebut kebebasan kewangan lain orang lain definisinya. Ada yang mengatakan kebebasan kewangan adalah duit yang sentiasa cukup,menpunyai segalanya,bebas hutang,dan pastinya lain orang lain definisinya.Kalau ikut pendapat  Robert Kiyosaki, tokoh kewangan  dunia ketika ini, mendefinasikan kebebasan kewangan ialah apabila pendapatan pasif seseorang itu melebihi pendapatan aktifnya.

Pendapatan pasif bermakna samada kita bekerja atau tidak bekerja tetap pendapatan kita berterusan.
Pendapatan Aktif pula kita kena bekerja dan kita mendapat pendapatannya.
5K pendapatan pasif itu lebih disukai mereka yang dalam bidang ini dari 50k aktif.

Jadi setiap orang akan bermula dengan start dulu baru boleh gerak,maka saya senaraikan kick start saya sendiri (saya belum bebas kewangan baru bermula).Dari saya pendam baik saya tulis disini agar ada orang yang bakal menbacanya.
Semua ini juga saya pelajari dari tokoh kewangan,pembaca buku dan ijazah berbual dari jalanan hihi.

Insya Allah semoga Allah mudahkan (Aminkan ya).
Antara kick start saya bagi beginner macam saya. Nak tulis tambah terpulang dari tuan-tuan.

1. Penjanaan Aliran Tunai Positif.
2. Simpanan Tunai ( Duit Kecemasan 6 Bulan ).
3. Bebas Dari Hutang Jahat.
4. Penyelamat Kewangan ( Duit Kecemasan 1 Tahun ).
5. Melabur Pada Pelaburan.
6. Kebebasan Kewangan ( Insya Allah).

Nah benda ni la saya lekat dipejabat,dirumah dan dikereta ( Haha,Jangan sahaja orang fikir azimat).

1. Penjanaan Aliran Tunai Positif.
  • Saya kena kurang belanja dari pendapatan saya. ( Insya Allah Chaiyo-Chaiyo).
  • Simpanan 10 % dari pendapatan yang saya dapat bertujuan untuk cashflow.Cashflow Positif Insya Allah salah satu tanda kedudukan kewangan yang baik.
  • Saya perlu buat bisnes sampingan bagi menjadikan aliran tunai saya positif.

2. Simpanan Tunai ( Duit Kecemasan 6 Bulan ).
  • Saya perlu sediakan duit mengikut gaji saya selama 6 bulan.
  • Ketika ada kecemasan disini kita boleh guna untuk survive selama 6 bulan contoh hilang pekerjaan boleh survive 6 bulan sebelum mendapat pekerjaan baru,hilang kereta boleh gunakan sementara  untuk deposit kereta.
  • Bila sudah guna duit kecemasan ini perlu ganti balik.
3. Bebas Dari Hutang Negatif.
  • Hutang negatif ni dia hutang yang kita buat saja-saja,hutang kereta,hutang telefon,hutang perabot.Ini hutang yang beli hari ni besok nilai dah susut.
  • Jadi selepas saya sediakan 3 Kick Start saya diatas saya perlu untuk menlangsaikan hutang-hutang negatif.
  • Insya Allah,saya akan amalkan doa yang nabi ajar serta kenala doa secara perbuatan perlu bersungguh- sungguh.
4. Penyelamat Kewangan ( Duit Kecemasan 1 Tahun ).
  • Selesai di No.3 bebas dari hutang ( Sambil taip ni bhai sambil aamin kan mudahan kita semua bebas dari hutang ). Saya kena bina simpanan untuk gaji 1 Tahun. Lebih kurang juga tujuan macam No.2 tapi ni kita topup lebih untuk dana kecemasan setahun bagi kecemasan.
  • Bila berlaku apa-apa Insya Allah kita boleh buat persiapan untuk setahun.
  • Duit kecemasan ini bukan untuk pelaburan. Ianya hanya simpanan.
5. Melabur Pada Pelaburan.
  • Melabur ni bila duit sudah banyak. Macam Tuan Zulkifli cakap kalau setakat 10k 20k berapa sahaja kita dapat dalam setahun dividen bahagi 12 bulan? Lebih berbaloi kalau kita buat perniagaan malahan kita mendapat 100% atau 200% keuntungan.
  • Jadi mungkin di Kick Start 5 ni perniagaan dan simpanan saya dah besar ( Aamin)
  • Pastikan pelaburan yang betul. Bagi saya tiada pelaburan paling beruntung melainkan ilmu dan akhirat jadi melabur pada buku untuk faham dan jangan tertipu modus operasi SKIM CEPAT KAYA.
  • Pelaburan ini termasuk juga rumah sewa,unit trust, amanah saham ( Contoh : Tabung Haji ). Antara tips Tuan Zulkifli adalah berapa yang kita mahu untuk sebulan? 5k? Maka kita perlu ada 1.2 Juta maka pada hujung dividen tahun 6% maka kita akan dapat keuntungan pasif 5k sebulan.
6. Kebebasan Kewangan.
  • Ditahap ini nilai pendapatan pasif sudah melebihi dari kos sara hidup.Contoh pasif income kita dalam Rm10,000 tapi kos sara hidup kita dalam Rm5000 sahaja maka saya sudah bebas kewangan. 
  • Disini sudah tidak kerja,tapi pendapatan dapat dijanakan. Masa ni Insya Allah boleh fokus sepenuhnya menbantu orang lain dalam kebebasan kewangan,khidmat ulamak dan mengenai akhirat.
Ini 6 Kick Start yang saya yang saya senarai sendiri.Inilah saya tatap hari-hari dan berdoa pada Allah mudahan ianya menjadi kenyataan.Saya sendiri masih di No.1 & No.2 dalam usaha bermula untuk bebas dari kewangan.

Mohon doa Tuan/Puan/Encik/Cik agar saya bebas kewangan.
Penulisan ini dikala saya mendapat rezeki pada kebebasan kewangan nanti,akan mencapai imbau kenangan.

MOHD.HAFIZ
12/07/2018 BERSAMAAN 28 Syawal 1439H
11.22 am
Pantai Manis






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.