Barang mantap,kemahiran terbaik,tempat memang cun dan kalau dibanding orang lain mesti aku lebih laris.
Tapi tengok kawan lain walaupun dia baru mula perniagaan,barang dia kalau dari segi pengiraan ilmu kita kurang larisnya dan tempat pun tidak sehebat tempat tapi keuntungan bulan dia lebih tinggi dibandingkan kita.Malahan ramai mencari walaupun usahanya jika kita lihat pada facebook,whatsapp,instagram tidak serancak kita.
Bila diperiksa rupanya ada sesuatu yang bermasalah dengan saya.Ada hikmah disebalik ujian dan kejadian yang Allah hantar pada kita. Beberapa bulan lalu bisnes saya agak merundum,saya terpikir entah dimana silapnya. Akhirnya saya berjumpa dengan rakan baik saya,beliau juga pengamal komplementari seperti saya,beliau masih baru dan hanya menberikan 2 perkhidmatan yakni terapi bekam dan terapi urutan.Tetapi keuntungan bulan beliau melebihi dari saya. Bila saya perhati sejenak,sebenarnya dari segi hubungan beliau dengan Allah dan makhluk sangat baik.
Penjagaan masa beliau dalam perjuangan Islam,selalu bermanis muka,dan sentiasa menjaga masa didalam perniagaan.Disitu tersentak saya seketika,ada benda yang bermasalah dalam diri saya. Ada hubungan yang saya sudah lalaikan. Allah itu maha pemberi rezeki dan sepatutnya saya berikhtihar dengan janji Allah.Teringat kata-kata yang sering diungkap ketika dalam bayan jemaah tabligh. "Yakin dengan janji Allah,janji Allah ada pada amal".
Maka tadi pagi saya terbaca suatu entri post facebook seseorang.Rezekinya agak teruk kebelakangan ini sehingga tiada siapa beli.Beliau sedih dan berfikir dimana silap rupanya dia ada buat ibu dia marah.Disitu saya tersentak menbaca.BETUL! Masalah laris tidak laris selain ilmu perniagaan adalah utama bagi usahawan beriman adalah amalannya.Seterusnya saya hadapkan diri pada Allah serta berjumpa ibu,saya berikan perkhidmatan dan gembirakan dia.
MasyaAllah,rezeki saya kembali lancar.Teringat dengan nasihat Mursyid saya iaitu guru kerohanian saya (semoga beliau dan keluarga sentiasa bahagia dunia dan akhirat) beliau menyebutkan suatu hadis yang lebih kurang bunyinya "Tertutup pintu umatku kerana banyaknya dosa".
Akhir sekali saya kongikan mengenai entri yang saya dapat dari Facebook :
CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH :
- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin.Rutin dia lakukan.
- Ada yang megundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
- Ada yang mengundang rezeki,setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim,mengusap kepala mereka,membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi Saw.
- Ada yang mengundang rezeki,setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa sahaja.
- Ada yang mengundang rezeki,tiap malam jumaat dia membahagikan makanan kepada orang yang tidur di jalanan.Doanya tembus ke langit!
- Ada yang mengundang rezeki setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur.Dia beristigfar 100 kali dan bertadarus Al-quran hingga terbit fajar,lalu menatap langit langsung mengangkat tangan.Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
- Ada yang mengundang rezeki,setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkanya.
- Ada yang mengundang rezeki,seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin.Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
- Ada yang mngundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah memudahkan segala urusannya.
- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajjud berbisik pada bumi dan terdengar dilangit.Allah redha,hidupnya berkat.
- Ada yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
*Rezeki bukan datang dari bosmu atau pelangganmu,tapi rezekimu datang dari Allah.
MOHD.HAFIZ
3 DZUL QAEDAH 1439H/16.07.2018
PANTAI MANIS

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.