Pada mulanya saya sendiri mencari peluang pelaburan samada dalam unit trust atau Amanah saham bagi mendapatkan dividen secara syariah.Hati-hati yer,bukannya SKIM CEPAT KAYA,yang menawarkan dividen yang pulangan yang tinggi dan dalam masa tertentu.
Alhamdulillah,saya berborak dengan seorang kawan yang mana dia agen unit trust.Disitu bermula kefahaman saya secara asas mengenai pelaburan.
Syukur pada Allah سبحانه و تعالى kerana menjumpai beliau kerana beliau bukan sahaja agen tetapi beliau juga sedang menbina bisnes beliau walaupun sudah menjadi penjawat awam.Antara nasihat beliau adalah :
Ketika umur masih muda ini jangan dulu buat pelaburan tetapi buat perniagaan.Berapa sangat keuntungan yang bakal dapat dari dividen pelaburan? Tuan Mohd Zulkifli Shafie berkata dari guru antara tanda agenda SKIM CEPAT KAYA adalah pulangan yang melebihi 15% apatah lagi bila dia mengatakan tiada risiko sedang pulangannya itu sangat besar dalam beberapa hari.
Takdir Allah سبحانه و تعالى pada hari saya bertanya pada sahabat saya itu,saya dijumpakan dengan seorang insan yang hebat yakni Tuan Zulkifli Shafie ketika seminar Public Gold Di Alam Mesra,Kota Kinabalu.Cara penyampaian beliau yang penuh semangat kerana ianya bukan suatu ceramah tetapi apa yang pernah terjadi pada beliau.
![]() |
| Bersama Tn Zulkifli Shafie |
Di dalam seminar itu saya banyak belajar mengenai fokus kepada bebas kewangan,cara membina profit ala orang bebas kewangan ,pentingnya emas dalam simpanan dan mempelajari selok belok perniagaan.Yang pastinya tiada jalan mudah atau magik didalam ke arah kebebasan kewangan.
Antara nasihat yang dikongsi adalah :
1. Hidup dibawah kemampuan.
- Dengan gaji kita,kita mampu beli makan dipejabat dengan Rm10.00,maka maksud dibawah kemampuan dalam kita makan dalam Rm5.00 maka kita sudah berjimat Rm5.00 dan simpan pada hari itu.
2. Peduli apa orang kata
- Hidup didunia kerana kata orang tetapi hidup dunia ini adalah semata mencari keredhaan Allah. Biarlah kita pakai hanya kancil tetapi poket penuh dari memakai keretaa mewah tapi penuh dengan hutang.
3. Berniaga
- Pelaburan keuntungan 15% itu suatu perkara yang luar biasa dan keuntungan yang ada tinggi,namun keuntungan dalam bisnes 100% itu ada biasa,mungkin juga kita boleh menbina profit dengan izin Allah 200%-400% didalam perniagaan. Asal ada ilmu dan kita ikuti jejak orang yang sudah berjaya InshaAllah kita berjaya dengan izin Allah
4. Simpanan emas
- Suatu hadis yang didalam menceritakan tentang pembelian kambing dizaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم bernilai 1 dinar,1dinar dizaman kita ini dalam lingkungan Rm740-Rm850 mengikut harga semakin. Disini sahaja kita dapat melihat kadar perubahan harga tidak jauh selama 1400 tahun lalu.
(Sebenarnya banyak lagi tapi saya kurang menangkap nak masuk dalam fikir untuk save.Haha)
Kesimpulan yang saya dapati,untuk berjaya didalam sesuatu bidang kenalah ikut orang sudah berjaya.Disiplin,kesabaran,komitmen dan tingkah laku.Sebaik-baik ikuti adalah baginda صلى الله عليه وسلم
Ikuti orang-orang yang sudah bebas kewangan dan mereka yang berjaya dalam suatu bidang bagi meperkasa sebagai umat baginda صلى الله عليه وسلم
MOHD HAFIZ
11/07/2018
BERSAMAAN 27 SYAWAL 1479H
PANTAI MANIS


No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.